Dalam kebudayaan Segan_(burung)

Dalam rencana jurnal yang diterbitkan pada April 2021, penyelidik Katja Thömmes dan Gregor Hayn-Leichsenring dari kumpulan Estetik Ujikajian di Hospital Universiti Jena, Jerman, mendapati segan ialah spesies burung yang paling "sesuai bergambar di Instagram".[6] Menggunakan algoritma untuk menganalisis daya tarikan estetik lebih daripada 27,000 gambar burung di Instagram, mereka mendapati bahawa gambar burung segan menerima bilangan suka tertinggi berbanding dengan pendedahan siaran kepada pengguna. Rencana jurnal tersebut dilaporkan oleh beberapa saluran berita, termasuk The New York Times dan The Guardian.[7]